September 21, 2007

Keluarga Nurin pasrah

Keluarga Nurin Jazlin reda menerima mayat kanak-kanak yang dijumpai dalam beg sukan tiga hari lalu adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8 yang hilang sejak sebulan lepas.

Jenazah Nurin dilaporkan baru tiba di Surau Darul Saadah, Seksyen 1, Wangsa Maju kira-kira jam 11.30 pagi ini, dijangka akan dikembumikan selepas solat Jumaat di tanah perkuburan Taman Ibu Kota Setapak.

Keputusan ujian DNA pertama telah mengesahkan mayat kanak-kanak terbabit adalah Nurin bagaimanapun ibu bapanya Jazimin Abdul Jalil, 33, dan Norazian Bistaman, 35, meminta membuat ujian kali kedua apabila ciri-ciri fizikal yang terdapat pada mayat berkenaan berbeza dengan Nurin.

No comments: