.......

Misteri kehilangan kanak2 berusia 8 tahun, Nurin Jazlin Jazimin selama sebulan berakhir dengan deraian air mata. Nurin telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam
Ibu Kota, KL selepas solat Jumaat semalam.

Isnin lepas, mayat budak perempuan tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat itu adalah Nurin Jazlin.

Untuk rekod, kejadian ngeri itu adalah yang kelapan membabitkan
kanak2 Malaysia sejak tahun 2000.

*Disember 2004 - 2 kematian
*Januari 2004 - 2 kematian
*November 2002 - 1 kematian
*Ogos 2001 - 1 kematian
*Oktober 2000 -1 kematian

Semoga roh Nurin & mereka yang lain aman serta ditempatkan di kalangan mereka yang solehin.

Comments