KL Banjir Besaq

Dua minggu lalu, Kuala Lumpur telah dilanda banjir kilat. Dan dua hari lalu (Jun 10,2007), kejadian yang sama berulang. Hujan lebat selama 3 jam yang bermula kira-kira 6 petang mengakibatkan sebahagian besar Kuala Lumpur ditenggelami air. Hinggakan ada yang menyoal keberkesanan projek SMART yang menelan belanja RM 1.9 billion.

Bak kata Agnes Monika, Tak Ada Logika kita menyalahkan orang lain. Siapa sangka hujan lebat selama 3 jam itu telah menjadi headline akhbar - akhbar utama Malaysia. Kuala Lumpur pernah mencatat banjir terbesar adalah pada tahun 1971. Adakah benar kata-kata New Boyz bahawa Sejarah Mungkin Berulang ?

Comments