June 25, 2007

Akmal mangsa kecuaian FAM?

Sejak kebelakangan ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sering membuat keputusan yang tidak konsisten. Terbaru adalah dengan memberi kelonggaran kepada 6 pelatih skuad Piala Asia 2007 untuk bersama pasukan negeri masing - masing bagi saingan separuh akhir kedua Piala FA.

Di Korea Selatan, jurulatih, Pim Verbeek terpaksa bertikam lidah dengan pihak pengurusan liga dan persatuan bola sepak negara itu, kerana mahu memastikan para pemainnya tidak terlibat dalam aksi terakhir liga yang hanya boleh mengundang kecederaan menjelang Piala Asia. Tetapi tidak di sini.

Hasilnya.....
Penyerang utama Selangor & kebangsaan, Akmal Rizal mengalami kecederaan lutut dalam keadaan 50-50 dengan penjaga gol Kedah. Akmal terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan dengan ambulans ke KJMC sejurus tamat perlawanan tersebut.

No comments: