May 24, 2007

persis mutiara

Hai semua, wazzup wazzup

Sudah hampir seminggu tamatnya musim kelima AF. Norsyarmilla Jirin (MILA) telah pun dinobatkan sebagai juara. Sekaligus memecah tradisi AF yang selama 4 tahun dimenangi oleh lelaki. "Rumah siap pahat berbunyi" bukan hanya berkumandang pada AIM13 lalu, tetapi juga AF5. Ada yang mengatakan bahawa kemenangan Mila sebagai juara sudah dirancang oleh pihak Astro. Ada pula yang mengatakan Astro sengaja mempromosi Mila berlebihan berbanding peserta AF5 yang lain.

Namun, secara peribadiku Mila sememangnya layak bergelar juara. Setelah tersingkirnya beberapa nama yang pernah menjadi pilihanku untuk ke finale, Mila adalah pilihan terbaik di kalangan finalist AF5 yang ada.

No comments: