jari jadi juri.....

Semalam (April 28, 2007), sebahagian besar rakyat Malaysia telah menggunakan jari - jemari mereka untuk menjadi juri kepada dua acara bagi minggu ini.

Pertama
Pilihanraya N11 DUN Ijok, Selangor.
Para pengundi DUN Ijok telah mencatat sejarah dalam pengundian negara Malaysia apabila sebanyak lebih 80% pengundi yang keluar mengundi. Tahniah kepada anda. Membuktikan Malaysia masih mengamalkan demokrasi......

Syabas dan tahniah kepada calon yang menang. Semoga anda dan mereka yang terlibat dapat menunaikan segala janji yang telah ditaburkan kepada rakyat sepanjang 10 hari kempen.

Kedua
Konsert 7 Akademi Fantasia Musim 5
Kepada para peminat AF, pastinya ramai yang tidak menjangkakan sama sekali (kecuali yang anti) bahawa Aizat akan terkeluar pada minggu ini. Berdasarkan prestasi semasa dan juga peratusan undi yang diterima, Aizat berada dalam keadaan selamat. Tetapi inilah bahananya apabila jari jadi juri.


Baru - baru ini, seorang mufti telah memberi cadangan untuk mengharamkan program tv bercorak realiti. Menurut beliau, program seumpama itu adalah melalaikan dan membazirkan....
Sekian, terima kasih

Comments