Yus juara Raja Lawak Astro

Yus juara Raja Lawak Astro

PETALING JAYA 10 Mac – Gelanggang akhir Raja Lawak Astro malam ini akhirnya menobatkan Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo sebagai juara musim pertama program realiti tersebut.

Kejayaan Yus, 30, ditentukan 100 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton dan beliau mendapat 37 peratus.

Menampilkan dua persembahan menghiburkan melalui tema pilihan sendiri, Yus berjaya mengenepikan empat pesaingnya iaitu Johan, Zizan dan Angah

Tempat kedua dimenangi oleh Zizan yang memperoleh 27 peratus, manakala Johan menduduki tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu, Yus berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta TD 2000 bernilai RM145,311.

Jejaka kelahiran Kampung Nesam, Kangar, Perlis, itu turut menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, barangan elektrik AOWA dan trofi.

Paling istimewa, Yus berpeluang mengacarakan program sendiri di Astro Ria kelak dan kontrak tiga tahun sebagai artis di bawah naungan Astro.

‘‘Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, Astro kerana berjaya mencungkil bakat saya selain kepada semua yang mengundi saya,’’ katanya yang ditemui sebaik program berakhir di Wisma Ali Bawal di sini malam ini.

Sementara itu, empat peserta lain menerima barangan elektrik AOWA dan pakej percutian.

Program realiti terbitan Astro yang dihoskan oleh dramatis Sharifah Shahirah memulakan siarannya setiap Sabtu mulai 23 Disember ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro RIA.

Empat tenaga pengajarnya yang dikenali sebagai otai terdiri daripada A.R. Badul selaku ketua bersama Datuk Jamali Shadat, Jalil Hamid dan Sabri Yunus.

-Mingguan Malaysia (11 Mac 2007)-

------------------------------------------------------------------------------------------

pastinya ramai yang tidak menduga Yus akan bergelar Raja Lawak Astro. Jika dikira mengikut undian sebelum rancangan malam tadi bermula, undiannya sangat rendah. Tapi itulah realiti. Undian sms orang ramai telah menobatkan YUS sebagai Raja Lawak Astro pertama.

Comments

jazlinernida said…
tanak2 nk zizan menang. huhu.