salam ramadhan

jam di desktop:- 0150
aktiviti:- nonton telemovie melayu

Alhamdulillah, sekali lagi Ramadhan telah datang menemui sekian umat manusia. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Entah kenapa tetiba temperatureku berubah di kala petang. Meternya turun seketika tatkala masuk waktu berbuka puasa bagi Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Kira-kira jam 2130, meterku naik semula. Tak pepasal ada orang kena marah. Sebabnya tak jawap panggilan telefonku di petang hari. huhuhu....sian dia. Adalah lebih kurang 15 misscalled dibuat. Diikuti dengan lagi 15 misscalled di waktu malam. Tetapi beliau berjaya memberi alasan yang kukuh, logik dan boleh diterima akal.

Adalah diharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna dalam kehidupan kita semua sebagai hamba Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

"Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak (bukan Murtabak) 1427 Hijr.

Comments