Keranamu ...

Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Comments

lidah penghunus said…
Assalamualaikum. Jemputlah ke http://lindunganbulan.blogspot.com http://karyamuslim.blogspot.com dan http://wtv8.tv
INA said…
Keranamu kau anak Malaysia. Betapa bertuahnya dirimu ke menara gading. Berjanjilah pada dirimu untuk berjaya dengan cemerlang. Usah hampakan harapan keluarga dan anak anak bangsa.Allah akan bersamamu. Sentiasalah mengingatiNYA.