February 27, 2006

PGL da musical



desktop time:- 1840
current activity:- watchin' PGL movie

Semalam, (Feb 26,2006) hamba dan sekalian keluarga telah ke Istana Budaya bagi menonton teater Puteri Gunung Ledang the Musical. Teater yang telah diadaptasi dari filem lagenda Melayu atas tajuk yang sama.

Dilakonkan oleh para pelakon handalan tanahair seperti Tiara Jacquelina, Adli Aman Ramli, AC Mizal dan ramai lagi, teater ini mencipta sejarah apabila dilanjutkan tempoh persembahannya kerana mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai.

Sinopsis
Dalam kekalutan gema perang yang bergolak antara Majapahit dan Demak, takdir mengutus satu kisah lagenda cinta; Gusti Puteri Raden Ajeng Retno Dumilah dan Datuk Laksamana Hang Tuah.

Namun percintaan suci ini menagih nilai pengorbanan paling hebat apabila para pemerintah mula mencatur kepentingan masing-masing. Sultan Mahmud Melaka bersetuju bersekutu dengan Adipati Majapahit demi mengusir ancaman perang Demak, dengan syarat mengahwini adinda puteri beliau. Hang Tuah diutus membawa amaran ke muka Pangeran Demak, lalu kedua kekasih ini terpisah lama berjauhan.

Demi sumpah janji yang pernah diucapkan bersama Tuah, Gusti Puteri meninggalkan Majapahit ke Gunung Ledang. Di puncak Ledan kedua kekasih ini dipertemukan, namun titah peminangan Sultan yang turut dibawa oleh Tuah mengecewakan Gusti Puteri lalu mengenakan 7 syarat permintaan ke atas Melaka.

Darah Raja Muda, Raja Ahmad yang merupakan permintaan dari syarat yang ketujuh, bagai menghina kedaulatan Sultan sehingga Raha Ahmad benar-benar ingin dibunuh. Merasa terhina dengan pendirian Puteri , Sultan yang sedia murka mengenakan daulat sumpahannya ke atas Puteri.

Bagai titik akhir kepada pengorbanan merempuh makna cinta teragung Puteri dan Laksamana antara mereka, kini dipisahkan oleh masa.

Sekian,
~Wassalam~

No comments: