hari memperingati ???

current activity:- listen mp3 (too phat - just a lil' bit)
desktop time:- 1900


Saban tahun, tarikh 14 Februari disambut sebagai hari memperingati kekasih (Valentine's Day).
Kebiasaannya ia disambut oleh pasangan - pasangan yang sedang hangat bercinta.
Tetapi, tahukah mereka asal usul wujudnya Valentine's Day.

Valentine's Day wujud pada abad ke-3 apabila seorang paderi Kristian telah dihukum mati kerana mengengkari perintah pemerintah Rome agar tidak berkahwin. Ini kerana pada waktu itu, Rome sedang menghadapi peperangan. Oleh kerana rasa cinta dan sayangnya yang amat mendalam, paderi itu sanggup dibunuh.

Sejarah Valentine's Day terdapat dalam beberapa versi.
http://www.historychannel.com/exhibits/valentine

Maka itu, janganlah hanya menyambut sesuatu peristiwa tanpa mengetahui asal usulnya. Bukan hanya pada tarikh itu sahaja kita perlu memperingati kekasih. Tetapi pada setiap masa.

Sekian, terima kasih.
~ Wassalam ~

Comments