CNY n maal hijrah

desktop time:- 0100
current activity:- listen mp3

Hari ini, kaum Cina di segenap pelusuk dunia menyambut kehadiran Tahun Baru. Mengikut kalender mereka, tahun ini merupakan tahun Anjing. Menurut kepercayaan, tahun Anjing merupakan tahun yang menguntungkan mereka.

Beberapa hari selepas Tahun Baru Cina, umat Islam seluruh dunia pula akan menyambut tahun baru Hijrah. Tahn Hijrah bermula selepas penghijrahan Rasullah S.A.W bersama umat Islam dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan mereka adalah bertujuan untuk menyebarkan ajaran Islam.

Yang pasti, hijrah memberi pelbagai erti kepada setiap umat manusia. Hijrah dari kurang baik kepada yang lebih baik.

Sambutan kedatangan kedua - dua tahun baru tersebut amat berbeza.
Kaum cina menyambut tahun baru mereka dengan adat dan kepercayaan mereka sendiri.
Umat Islam pula kebiasaannya akan membaca doa awal tahun untuk memohon agar tahun baru lebih baik dari sebelumnya.

Sambutan tahun baru Cina amat meriah terutama sekali di negara China. Pelbagai pesta diadakan. Percikan bunga api dan letupan mercun didengar segenap pelusuk tempat.

Di Malaysia, Awal Muharam disambut dengan perarakan dari suatu tempat ke tempat lain. Ini bagi mengenang sejarah penghijrahan Rasullah S.A.W. Tokoh Maal Hijrah juga diberi kepada mereka yang telah banyak berjasa demi agama dan negara.

Sekian sahaja buat kali ini.

Happy Chinese New Year dan Salam Maal Hijrah

~ wassalam ~

Comments