~ 2006 ~

desktop time:- 0015
current activity:- watchin tv

Selamat tahun baru 2006.
Seperti diduga n diwar - warkan, smua tv Malaysia siarkan konsert sambut tahun baru sana sini. Nyanyi sana sini.....lepas tu, tepat 12 tgh mlm show bunga api. Meriah....

Tapi, siang tadi ada baca Utusan Malaysia:-

"Selangor batalkan konsert ambang 2006"

Hmmm.....bagus, ada gak pihak yg prihatin dlm hal ini. Tahun baru tetap hadir walaupun tiada konsert. Alasan yg diberikan mereka adalah mengelakkan pembaziran. Ini juga selaras dgn nasihat n saranan Mufti Selangor agar konsert sedemikian tidak diadakan.

Jika tahun sebelumnya (2005), Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan supaya tiada sebarang sambutan tahun baru 2005. Ini adalah bagi mengenang n menghormati kesedihan mangsa2 bencana tsunami yg telah melanda pada 26 Disember 2004.

Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam, Malaysia tidak menyambut kehadiran tahun baru Masihi. Sebaliknya lebih meraikan peristiwa2 bersejarah Islam seperti Isra' Mikraj, awal Ramadhan, Iduladha dan awal Muharam.

Harapan tahun ini akan menjadikan kehidupan kita semua lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya. Insya Allah swt.

Sekian shj buat kali ini.
Selamat tahun baru 2006
Wassalam

Comments