hanya 1 hari lagi.....

desktop time:- 0215
current activity:- watchin Emily Rose movie

Hari ini 30 Disember 2005.
Hanya sehari lagi seluruh umat manusia di segenap pelusuk dunia akan menyambut kehadiran tahun baru 2006 Masihi. Yang pastinya, ramai yg akan menantikan tahun 2006 di tempat2 awam. Di Malaysia, tempat2 yg pasti menjadi tumpuan menjelang 2006 adalah Dataran Merdeka, KLCC, dan tempat2 hiburan yg lain. Ada juga yang mengadakan doa selamat di masjid2 dan surau2 seluruh negara. 2 situasi yg jauh berbeza.

Pastinya bilangan manusia di tempat2 hiburan lebih ramai berbanding di masjid2 mahupun surau2. Mereka lebih suka bersuka ria dan membuang masa menanti tahun baru.

Bagiku, saban tahun sejak dilahirkan hingga kini.....
Lebih suka duduk di rumah. Banyak lagi aktiviti yg boleh dilakukan di rumah. Tgk tv, layan game, tgk cd movie....paling tidak pun tido. Tak kira tahun baru mahupun merdeka, itulah aktivitiku saban tahun.

Setiap kali tahun baru, pasti ramai yg memasang azam dan cita2 yg baru. Sedangkan azam yg terdahulu belum pasti terlaksana semuanya. Tak guna berazam setiap tahun sekiranya tidak melakukannya.

Bagiku, hanya mengharap n berdoa kpd Allah swt semoga tahun yg mendatang akan menjadikan kehidupan lebih baik dari tahun2 terdahulu. Insya Allah swt.
Setiap manusia seluruh dunia tidak lari dari melakukan kesilapan. Tiada manusia yg sempurna diciptakan oleh Allah swt.

Sekian shj buat kali ini....
Selamat tinggal 2005, selamat datang 2006.
Wassalam



Yg menaip,


(keramat41@yahoo.com)

Comments