waktu Malaysia

December 8, 2009

Malaysia Maju!

. December 8, 2009
0 komentar

Rakyat Malaysia meluangkan lebih masa bagi melayari internet dan menjadi semakin arif tentang laman-laman di internet seperti Facebook, Tagged, Twitter, permainan Dragonica manakala berkongsi fail secara online dan laman storan ”4shared” menjadi lima carian terunggul mereka dalam Internet tahun ini.
Mengumumkan Zeitgeist tahunannya bagi Malaysia hari ini, Google berkata rakyat Malaysia menggunakan kedua-dua media tradisional dan baru untuk mendapatkan berita terkini dan gosip tentang selebriti, manakala Raja Pop, Michael Jackson dan ahli politik Elizabeth Wong meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai tahun ini.
Alat Google Zeitgeist memberikan sedikit kefahaman tentang apa yang orang ingin tahu di Malaysia dan tentang topik bagaimanakah yang menarik minat orang di seluruh dunia, berdasarkan carian unggul.
Sementara itu, kata enjin carian online itu, Formula 1 mengatasi bola sepak dan badminton sebagai sukan terhangat tahun ini, dengan tiga daripada lima sukan terunggul mempunyai kaitan dengan F1, manakala pasukan F1 1Malaysia mengungguli carian sukan yang terpantas peningkatannya.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, ia berkata kelembapan ekonomi juga menyaksikan rakyat Malaysia mencari pekerjaan secara online melalui laman web pekerjaan kendalian kerajaan, jobsmalaysia.gov.my.
Malaysia menyaksikan lonjakan besar carian iaitu sebanyak 49 peratus bagi ”jawatan kosong” pada 2009 berbanding 2008.
Google berkata rakyat Malaysia juga mencari barangan murah melalui internet dan mencari tawaran terbaik mungkin, dari barangan isi rumah dan harta hinggalah kepada perjalanan dan elektronik. -BERNAMA

Read More »»

December 7, 2009

kereta terjunam?

. December 7, 2009
0 komentar

Kota Baharu- Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.
Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

source: BERNAMA

Read More »»

December 6, 2009

World Cup 2010 Draw!

. December 6, 2009
0 komentar

source: sportinglife

Read More »»

December 1, 2009

i am lali

. December 1, 2009
0 komentar

"Kalau hendak diikut dengan desakan mereka tidak boleh buat kerjalah kita. Saya sudah lali dengan desakan seperti itu,"
- Tuan Guru Datuk Hj. Nik Aziz Nik Mat

Read More »»

November 29, 2009

Never!

. November 29, 2009
0 komentar

"walaupun PKM tidak pernah berniat untuk membunuh orang awam yang tidak berdosa, tetapi kami mungkin telah melakukan kesilapan dalam beberapa kes"
- Chin Peng
(bekas pemimpin Parti Komunis Malaya)

Read More »»

Malaysia's top 30 valuable brand

.
0 komentar

source: 4A

Read More »»

November 25, 2009

winning player

. November 25, 2009
0 komentar

"A guy who wins with his club then goes to the World Cup, has a good chance to win again because the players are not afraid of you if you do nothing the whole season"
- Arsene Wenger

Read More »»

November 23, 2009

...50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia

. November 23, 2009
0 komentar

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.
Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
- Harakahdaily (Nov 20, 2009)

Read More »»

November 18, 2009

"abang makan dulu la...."

. November 18, 2009
0 komentar

Mungkin belum ada sesiapa pun yang pernah makan dulu, bayar kemudian di KFC. YA KFC! bukan NZ mahupun mana-mana restoran mamak di Malaysia. Tetapi situasi tersebut benar-benar berlaku di KFC KL Sentral minggu lalu.

Awek KFC: alamak bang, tempat kad ni rosak la. tak repair lagi...
Zam: Err...yang sana tak bole?
Awek KFC: tak bole, sebab dah key-in dalam ni.
Zam: Dah tu camne?
Awek KFC: Takpe...abang makan dulu la. nanti lepas makan bole bayar cash.
Zam: mmmm....ye la.

Maka, lepas makan keterpaksaan la membuat pinjaman dari N (bukan nama sebenar) untuk membayar di kaunter tadi.

Read More »»

November 16, 2009

Better Asia

. November 16, 2009
0 komentar

"Dengan populasi lebih tinggi di Asia, produktiviti lebih baik, kualiti semakin meningkat, innovasi dan daya reka cipta yang tinggi, anda dapat lihat pertumbuhan Asia dengan ketara pada abad ke-21,” katanya dalam syarahan khas beliau mengenai “Asia dan Abad Ke-21”
-
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Syarahan Tokoh-tokoh Terkemuka Asia-Eropah
(November 16, 2009)

Read More »»